Home » » NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI DAN PENGAJARAN

KASIH SAYANG

Nilai kasih sayang sesama manusia tiada batasannya apatah lagi terhadap kanak-kanak.Contohnya Yamtuan Sakti memelhara Raja Kecil sewaktu kanak-kanak dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri.



DAYA USAHA

Jika kita berusaha bersungguh-sungguh serta perancangan yang bijaksana kita akan memperoleh kejayaan yang kita cita-citakan.Dalam cerita ini,Laksamana telah berusaha menyelamatkan Raja Kecil, menyusun strategi yang baik,iaitu menghantar Raja Kecil keluar Johor melalui kawan dan saudara-maranya semata-mata untuk menyembunyikan Raja Kecil daripada pengetahuan umum.



PERSAUDARAAN

Mengeratkan tali persaudaraan merupakan nilai yang terpuji kerana dengan cara ini kita akan mewujudkan rasa kasih serta tanggungjawab bersama. Contohnya,Puteri Jilan memelihara Raja Kecil dengan penuh kasih sayang kerana baginda adalah anak adiknya di Johor.



MENGKHIANATI PEMIMPIN

Sebagai rakyat atau pembesar, kita tidak harus mengkhianati pemimpin kerana akan menyebabkan kerajaan dan negara menjadi tidak stabil. Contohnya, Bendahara yang telah membunuh Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang hanya kerana balas dendam.



TOLONG-MENOLONG

Semangat tolong-menolong merupakan suatu sifat yang mulia yang harus disemai dalam setiap diri manusia tanpa mengira darjat dan kedudukan.Sikap ini akan dapat memudahkan atau meringankan beban orang yang menghadapi kesusahan disamping dapat memupuk semangat kerjasama, rasa muhibah dan rasasaling memerlukan antara sesama manusia. Contohnya, Temenggung Muar, Nakhoda Malim dan Yamtuan Sakti telah menolong Laksamana menjaga Raja Kecil sewaktu kanak-kanak dengan penuh kasih sayang.

0 comments:

Post a Comment