NILAI DAN PENGAJARAN

KASIH SAYANG

Nilai kasih sayang sesama manusia tiada batasannya apatah lagi terhadap kanak-kanak.Contohnya Yamtuan Sakti memelhara Raja Kecil sewaktu kanak-kanak dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri.



DAYA USAHA

Jika kita berusaha bersungguh-sungguh serta perancangan yang bijaksana kita akan memperoleh kejayaan yang kita cita-citakan.Dalam cerita ini,Laksamana telah berusaha menyelamatkan Raja Kecil, menyusun strategi yang baik,iaitu menghantar Raja Kecil keluar Johor melalui kawan dan saudara-maranya semata-mata untuk menyembunyikan Raja Kecil daripada pengetahuan umum.



PERSAUDARAAN

Mengeratkan tali persaudaraan merupakan nilai yang terpuji kerana dengan cara ini kita akan mewujudkan rasa kasih serta tanggungjawab bersama. Contohnya,Puteri Jilan memelihara Raja Kecil dengan penuh kasih sayang kerana baginda adalah anak adiknya di Johor.



MENGKHIANATI PEMIMPIN

Sebagai rakyat atau pembesar, kita tidak harus mengkhianati pemimpin kerana akan menyebabkan kerajaan dan negara menjadi tidak stabil. Contohnya, Bendahara yang telah membunuh Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang hanya kerana balas dendam.



TOLONG-MENOLONG

Semangat tolong-menolong merupakan suatu sifat yang mulia yang harus disemai dalam setiap diri manusia tanpa mengira darjat dan kedudukan.Sikap ini akan dapat memudahkan atau meringankan beban orang yang menghadapi kesusahan disamping dapat memupuk semangat kerjasama, rasa muhibah dan rasasaling memerlukan antara sesama manusia. Contohnya, Temenggung Muar, Nakhoda Malim dan Yamtuan Sakti telah menolong Laksamana menjaga Raja Kecil sewaktu kanak-kanak dengan penuh kasih sayang.

WATAK & PERWATAKAN

WATAK & PERWATAKAN





Tuan Bujang



-->Putera Raja Johor.Iaitu anak Almarhum Mangkat Dijulang.

-->Wajah seiras dengan ayahandanya.

-->Suka bermain di makam ayahandanya.

-->Dibawa ke Muar olehRaja Negara Selat untuk dijaga olehTemenggung Muar.

-->Dibawa semula ke Johor ketika berumur 7 tahun untuk berjumpa Laksamana.

-->Diserahkan kepada Nakhoda Halim dan dipanggil Tuan Bujang.

-->Dibawa ke Jambi dan kemudian ke Pagaruyung oleh Nakhoda Halim.

-->Di Pagaruyung baginda diserah kepada Yamtuan Sakti.

-->Pergi ke Batanghari ketika berumur 13 tahun untuk menuntut ilmu.

-->Kemudian ke Rawas dan Pelembang.

-->Bertemu dengan Sultan Lema Abang.

-->Dipelihara oleh Sultan Lema Abang.

-->Punggung Sultan Lema Abang akan gatal setiap kali Tuan bujang membawa tepaknya.





Laksamana



-->Bertanggungjawab menyembunyikan Raja Kecil.

-->Raja Kecil telah diserahkan kepadanya oleh Temenggung Muar ketika usia 7 tahun.

-->Laksamana menyerahkan Raja Kecil kepada sahabatnya Nakhoda Malim apabila

Yang Dipertuan Muda Johor mencari baginda.



Temenggung Muar



-->Saudara kepada laksamana.

-->Memelihara Raja Kecil sejak dilahirkan hingga berusia tujuh tahun seperti anaknya sendiri.

-->Menghantar Raja Kecil kembali ke Johor untuk bertemu Laksamana ketika berusia tujuh tahun.



Yamtuan Sakti



-->Pemerintah Pagaruyung.Bonda baginda bernama Puteri Jilan.

-->Mengetahui kisah Raja Kecil daripada Nakhoda Malim.

-->Memelihara Raja Kecil sehingga berusia 13 tahun dengan penuh kasih sayang.

-->Membenarkan Raja Kecil bermain di atas peterakna bersama-sama anak baginda.



Sultan Lema Abang



-->Pemerintah di Palembang.

-->Tertarik dengan sikap Raja Kecil ketika pertama kali bertemu dengannya.

-->Berkenan untuk memelihara Raja Kecil yang ketika itu berusia 13 tahun.

-->Baginda akan berasa kegatalan di punggung apabila Raja Kecil membawakan tepak baginda.



Nakhoda Malim



-->Sahabat baik Laksamana.Dia ialah orang Minangkabau.Dia juga seorang pelayar dan pedagang.

-->Berasal dari Pagaruyung.

-->Dia sanggup memelihara Raja Kecil lalu dibawanya ke Jambi dan kemudian ke Pagaruyung.Dia menggelarkan Raja Kecil sebagai Tuan Bujang.

-->Dia telah menceritakan riwayat hidup Raja Kecil kepada Yamtuan Sakti dan menyerahkan Raja Kecil kepada Yamtuan Sakti apabila baginda berkenan untuk memeliharanya.



Watak-watak lain



-->Bendahara,Yang Dipertuan Muda Johor,Raja Negara Selat,Puteri Jilan dan lain-lain lagi.